Posts

Showing posts from February, 2020

Pengenalan Kepada Autocad

AutoCAD ialah satu perisian yang biasa di gunakan oleh ramai perekabentuk kejuruteraan untuk menghasilakan sesuatu lukisan produk yang hendak dihasilkan. Perisian ini telah wujud dalam jangka masa yang agak lama. perisian ini dibangunkan untuk tujuan komersial dan telah melalui pelbagai peringkat evolusi sehinggalah versi terbaru adalah berasaskan kepada aplikasi windows berbanding versi sebelumnya yang berasaskan disk operating system (DOS). Kesan paparannya kini kelihatan lebih menarik dengan kehadiran ikon yang bertujuan untuk memudahkan lagi pengguna. Paparan ikon ini sentiasa berubah mengikut kesesuaian keperluan semasa atau kehendak pengguna. A utoCAD adalah peringkat lunak komputer CAD untuk menggambar 2 dimensi dan 3dimensi yang dikembangkan oleh Autodesk. Keluarga produk AutoCAD, secara keseluruhan, adalah software CAD yang paling banyak digunakan di dunia. Autodesk didirikan tahun 1982 oleh John Walker. Dia dan 15 pembuat lainnya berniat untuk mengemban...

Membuka Perisian Autocad

Image
Setelah computer dihidupkan lihat pada paparan dengan teliti dan klik pada ikon AutoCAD 2016 secara berganda dan pantas. Setelah paparan dibuka, paparan secara default akan kelihatan. Penentuan unit bagi sesebuah lukisan sama ada Imperial atau Metric ditentukan setelah pelukis meneliti jenis dimensi objek yang hendak dilukis. dalam keadaan di atas, tekan butang OK dan lukisan yang akan dihasilakan kelak adalah dalam unit metrik. Sekiranya paparan ini tidak kelihatan, ikuti langkah dibawah: Command: startup<enter> 1 <enter> tutup perisian AutoCAD 2016 dan kemudian buka semula.

Melukis Objek (Grid, Snap, Ortho)

Image
Grid adalah fungsi AutoCAD yang sering digunakan oleh seseorang pelukis bagi memudahkan penghasilan sesuatu lukisan. Jika fungsi grid diaktifkan, titik-titik halus akan kelihatan. Cara untuk mengaktifkan grid: Command: grid <enter> Kemudian, kliks pada: Tools > Drafting Setting > Snap and Grid dan paparan berikut akan kelihatan. Aktifkan kotak 2D model dan klik OK Sekiranya grid perlu dihadkan mengikut limits kertas lukisan, kosongkan kotak Display Beyond Limits. Snap ialah fungsi AutoCAD yang membenarkan kursor hanya bergerak pada titik-titik grid sahaja. Cara aktifkan: Command: snap <enter> 10 (10 merupakan contoh nilai grid yang diinginkan, bermakna kursor akan berada betul-betul di atas titik grid apabila kursor digerakkan) Ortho berfungsi jika pelukis ingin melukis garisan menegak atau mendatar sahaja. Ortho boleh diaktifkan dengan cara: Command: ortho<enter> atau menekan butang ORTHO sahaja

Cara Melukis Bentuk Persegi Mudah

Image
Bentuk-bentuk bersegi biasanya dihasilkan daripada gabungan beberapa garisan. Arahan AutoCAD yang digunakan untuk membina garisan ialah line atau singkatannya l .  a) Buka fail baru AutoCAD (metrik) b) Sediakan ruang lukisan mengikut arahan berikut:  Command: limits <enter> Command: 0,0 <enter> Command: 120,120 <enter> Command: zoom <enter> Command: all <enter> Command: zoom <enter> Command: .9x <enter> Command: snap <enter> Command: 5 <enter> Command: line <enter> Aktifkan juga butang snap, grid, ortho c) Mulakan melukis dengan meletakkan kursor pada mana-mana titik yang ingin dimulakan. Bina garisan lurus yang boleh membentuk huruf E. Selesai semua garisan yang telah ditemukan hingga ke titik akhir dengan menekan <enter>