Pengenalan Kepada Autocad

AutoCAD ialah satu perisian yang biasa digunakan oleh ramai perekabentuk kejuruteraan untuk menghasilakan sesuatu lukisan produk yang hendak dihasilkan. Perisian ini telah wujud dalam jangka masa yang agak lama. perisian ini dibangunkan untuk tujuan komersial dan telah melalui pelbagai peringkat evolusi sehinggalah versi terbaru adalah berasaskan kepada aplikasi windows berbanding versi sebelumnya yang berasaskan disk operating system (DOS). Kesan paparannya kini kelihatan lebih menarik dengan kehadiran ikon yang bertujuan untuk memudahkan lagi pengguna. Paparan ikon ini sentiasa berubah mengikut kesesuaian keperluan semasa atau kehendak pengguna.


AutoCAD adalah peringkat lunak komputer CAD untuk menggambar 2 dimensi dan 3dimensi yang dikembangkan oleh Autodesk. Keluarga produk AutoCAD, secara keseluruhan, adalah software CAD yang paling banyak digunakan di dunia.


Autodesk didirikan tahun 1982 oleh John Walker. Dia dan 15 pembuat lainnya berniat untuk mengembangkan lima aplikasi desktop otomatisasi yang berbeza. Mereka melakukan ini dengan tujuan bahawa salah satu aplikasi yang akan dilepas dan akan dikembangkan dengan lebih lanjut. Produk AutoCAD, yang didasarkan pada CAD program yang ditulis pada tahun 1981 oleh Mike Riddle disebut MicroCAD diubah kemudian ke Interact. AutoCad ditampilkan pada sebuah pameran di Las Vegas COMDEX sebagai program CAD pertama di dunia yg dapat berjalan di PC.
AutoCAD adalah Computer Aided Design (CAD) software paket untuk 2D dan 3D desain dan drafting. Saat ini hanya berjalan pada sistem operasi Microsoft. Versi untuk Unix dan Apple Macintosh juga ada, tapi karena penerimaan pasar yang terbatas dan akhirnya kemudian jatuh. Awalnya AutoCad dibuat untuk mekanik, hal itu telah diperluas dan sekarang sangat banyak digunakan oleh arkitek professional yang lain. Format file (DWG dan setara ASCII, AutoCAD DXF) telah menjadi standard untuk CAD.

AutoCAD Versi pelajar AutoCAD memberikan potongan harga yang besar bagi penggunaan AutoCAD untuk pendidikan (pelajar dan pengajar), baik lisensi 14 bulan mahupun lisensi perpetual tersedia. AutoCAD versi pelajar ini mempunyai fungsi yang sama dengan AutoCAD versi komersial lengkap, perbezaannya hanyalah, pada versi pelajar setiap data DWG yang dihasilkan atau di ubah terdapat data bendera internal (bendera pendidikan). Kalau gambar ini dicetak , maka pada gambar tersebut akan terdapat cetakan atau banner di keempat sisi gambar yang menjelaskan bahawa gambar ini diproduksi dari AutoCAD versi pelajar. Gambar yang dihasilkan dari AutoCAD versi pelajar dilarang digunakan untuk keperluan komersial.


Comments

Popular posts from this blog

KOORDINAT POLAR

Melukis Objek (Grid, Snap, Ortho)