Melukis Objek (Grid, Snap, Ortho)
Grid adalah fungsi AutoCAD yang sering digunakan oleh seseorang pelukis bagi memudahkan penghasilan sesuatu lukisan. Jika fungsi grid diaktifkan, titik-titik halus akan kelihatan.
Cara untuk mengaktifkan grid:
Command: grid <enter>
Aktifkan kotak 2D model dan klik OK
Sekiranya grid perlu dihadkan mengikut limits kertas lukisan, kosongkan kotak Display Beyond Limits.
Snap ialah fungsi AutoCAD yang membenarkan kursor hanya bergerak pada titik-titik grid sahaja.
Cara aktifkan:
Command: snap <enter> 10
(10 merupakan contoh nilai grid yang diinginkan, bermakna kursor akan berada betul-betul di atas titik grid apabila kursor digerakkan)
Ortho berfungsi jika pelukis ingin melukis garisan menegak atau mendatar sahaja. Ortho boleh diaktifkan dengan cara:
Command: ortho<enter>
atau
menekan butang ORTHO sahaja



Comments
Post a Comment