Posts

Topic 7 - Draw, Construct and Editing Common

Image
Dalam topik ini kita akan belajar mengenai: 1. Array - Polar, Rectangular 2. Hatch, Batch 3. Change, Chprop, Dmodify 4. Point, Divide, Measure 5. Inquiry - Lis/dblist/area/status soalan 1: Dalam latihan ini pelajar diminta untuk melukis semula gambar yang diberi. Tujuannya adalah untuk pelajar hasilkan balik lukisan baru dengan lebih jelas berbanding lukisan dalam soalan tersebut.  Langkah 1: Screenshot gambar lukisan daripada soalan dan di paste kan ke dalam software autocad. Langkah 2: Tekan button "draw" kemudian pilih command 'polyline" bagi menghasilkan lukisan pada line-line gambar tersebut.                               Langkah 3: Setelah memilih "polyline" click pada mana-mana garisan lukisan tersebut bagi menekap garisan lukisan tersebut sehingga siap.  Langkah 4: Setelah siap menekap garisan lukisan tersebut, pelajar boleh memilih samaada ingin menukar warna atau tidak. ...

Create, organize and save AutoCAD files

Image
Mencipta File Baru Untuk mencipta fail baru di dalam autoCAD TAIP CTRL + N ATAU PILIH FILE NEW. Paparan berikut akan ditunjukkan. Anda dikehendaki memilih acad dan klik ‘Open’18. Lukisan AutoCAD kosong berikut akan dihasilkan. Nama lukisan tersebut ialah Drawing1.dwg. Menyimpan hasil kerja Arahan untuk menyimpan hasil kerja AutoCAD ialah File Save As Rajah   Arahan menyimpan fail Tetingkap Save Drawing   akan ditunjukkan. Masukkan nama fail di ruangan File Name dan klik Save. Menyimpan hasil kerja AutoCAD Ruangan kerja AutoCAD Di dalam ruangan kerja AutoCAD, terdapat pelbagai arahan. Setiap arahan-arahan tersebu mempunyai fungsi tertentu bagi memudahkan pengguna membuat lukisan menunjukkan ruangan kerja di dalam perisian AutoCAD.

KOORDINAT POLAR

Image
SISTEM KOORDINAT Sistem koordinat merupakan salah satu elemen penting di dalam lukisan berbantukan komputer. Koordinat membolehkan sesuatu garisan atau objek dilukis pada kedudukan yang tepat. Terdapat 3 jenis koordinat iaitu Sistem Koordinat Mutlak (absolute coordinate), Sistem Koordinat Relatif (Relative coordinate) dan Sistem Koordinat Polar. (Polar coordinate).  Kemudian pergi ke TOOLS, klik DRAFTING SETTING ,tutup semua fungsi automatik. a       SISTEM KOORDINAT MUTLAK SISTEM Koordinat mutlak digunakan apabila kita mengetahui nilai titik x dan y. Nilai X dan Y adalah sama ada negatif atau positif. Di mana nilai x merujuk kepada paksi –x dan nilai y adalah merujuk kepada paksi-Y. Koordinat mutlak bermula dari titik asalan. Titik asalan adalah titik persilangan antara paksi x dan paksi y dengan nilai masing-masing ialah (0,0). Format penulisan koordinat titik mutlak ialah (x,y). KOORDINAT MUTLAK b.     ...

Pengenalan Kepada Autocad

AutoCAD ialah satu perisian yang biasa di gunakan oleh ramai perekabentuk kejuruteraan untuk menghasilakan sesuatu lukisan produk yang hendak dihasilkan. Perisian ini telah wujud dalam jangka masa yang agak lama. perisian ini dibangunkan untuk tujuan komersial dan telah melalui pelbagai peringkat evolusi sehinggalah versi terbaru adalah berasaskan kepada aplikasi windows berbanding versi sebelumnya yang berasaskan disk operating system (DOS). Kesan paparannya kini kelihatan lebih menarik dengan kehadiran ikon yang bertujuan untuk memudahkan lagi pengguna. Paparan ikon ini sentiasa berubah mengikut kesesuaian keperluan semasa atau kehendak pengguna. A utoCAD adalah peringkat lunak komputer CAD untuk menggambar 2 dimensi dan 3dimensi yang dikembangkan oleh Autodesk. Keluarga produk AutoCAD, secara keseluruhan, adalah software CAD yang paling banyak digunakan di dunia. Autodesk didirikan tahun 1982 oleh John Walker. Dia dan 15 pembuat lainnya berniat untuk mengemban...

Membuka Perisian Autocad

Image
Setelah computer dihidupkan lihat pada paparan dengan teliti dan klik pada ikon AutoCAD 2016 secara berganda dan pantas. Setelah paparan dibuka, paparan secara default akan kelihatan. Penentuan unit bagi sesebuah lukisan sama ada Imperial atau Metric ditentukan setelah pelukis meneliti jenis dimensi objek yang hendak dilukis. dalam keadaan di atas, tekan butang OK dan lukisan yang akan dihasilakan kelak adalah dalam unit metrik. Sekiranya paparan ini tidak kelihatan, ikuti langkah dibawah: Command: startup<enter> 1 <enter> tutup perisian AutoCAD 2016 dan kemudian buka semula.

Melukis Objek (Grid, Snap, Ortho)

Image
Grid adalah fungsi AutoCAD yang sering digunakan oleh seseorang pelukis bagi memudahkan penghasilan sesuatu lukisan. Jika fungsi grid diaktifkan, titik-titik halus akan kelihatan. Cara untuk mengaktifkan grid: Command: grid <enter> Kemudian, kliks pada: Tools > Drafting Setting > Snap and Grid dan paparan berikut akan kelihatan. Aktifkan kotak 2D model dan klik OK Sekiranya grid perlu dihadkan mengikut limits kertas lukisan, kosongkan kotak Display Beyond Limits. Snap ialah fungsi AutoCAD yang membenarkan kursor hanya bergerak pada titik-titik grid sahaja. Cara aktifkan: Command: snap <enter> 10 (10 merupakan contoh nilai grid yang diinginkan, bermakna kursor akan berada betul-betul di atas titik grid apabila kursor digerakkan) Ortho berfungsi jika pelukis ingin melukis garisan menegak atau mendatar sahaja. Ortho boleh diaktifkan dengan cara: Command: ortho<enter> atau menekan butang ORTHO sahaja

Cara Melukis Bentuk Persegi Mudah

Image
Bentuk-bentuk bersegi biasanya dihasilkan daripada gabungan beberapa garisan. Arahan AutoCAD yang digunakan untuk membina garisan ialah line atau singkatannya l .  a) Buka fail baru AutoCAD (metrik) b) Sediakan ruang lukisan mengikut arahan berikut:  Command: limits <enter> Command: 0,0 <enter> Command: 120,120 <enter> Command: zoom <enter> Command: all <enter> Command: zoom <enter> Command: .9x <enter> Command: snap <enter> Command: 5 <enter> Command: line <enter> Aktifkan juga butang snap, grid, ortho c) Mulakan melukis dengan meletakkan kursor pada mana-mana titik yang ingin dimulakan. Bina garisan lurus yang boleh membentuk huruf E. Selesai semua garisan yang telah ditemukan hingga ke titik akhir dengan menekan <enter>