KOORDINAT POLAR


SISTEM KOORDINAT
Sistem koordinat merupakan salah satu elemen penting di dalam lukisan berbantukan komputer. Koordinat membolehkan sesuatu garisan atau objek dilukis pada kedudukan yang tepat. Terdapat 3 jenis koordinat iaitu Sistem Koordinat Mutlak (absolute coordinate), Sistem Koordinat Relatif (Relative coordinate) dan Sistem Koordinat Polar. (Polar coordinate).

 Kemudian pergi ke TOOLS, klik DRAFTING SETTING,tutup semua fungsi automatik.

a     SISTEM KOORDINAT MUTLAK SISTEM
Koordinat mutlak digunakan apabila kita mengetahui nilai titik x dan y. Nilai X dan Y adalah sama ada negatif atau positif. Di mana nilai x merujuk kepada paksi –x dan nilai y adalah merujuk kepada paksi-Y. Koordinat mutlak bermula dari titik asalan. Titik asalan adalah titik persilangan antara paksi x dan paksi y dengan nilai masing-masing ialah (0,0). Format penulisan koordinat titik mutlak ialah (x,y).


KOORDINAT MUTLAK




b.      SISTEM KOORDINAT RELATIF  
Koordinat relatif menggunakan nilai  Paksi yang tidak bergerak,jadikan nilainya sebagai "0". Nilai positif atau negatif jarak menunjukkan arah garisan. Sistem koordinat relatif menggunakan simbol @. Pengukuran sudut adalah diambil merujuk kepada sama ada lawan jam atau mengikut jam. Nilai sudut adalah positif menunjukkan arah adalah lawan jam. Manakala sudut negatif adalah menunjukkan nilai negatif.

Contohnya:
                                             I.            @0,10
Penerangan : 
·         Nilai jarak dari paksi- X ialah 0 unit ke kanan.
·         Nilai jarak dari paksi – Y ialah 10 ke atas.
                                          II.            @25,0
·         Nilai jarak dari paksi- X ialah 25 unit ke kiri.
·         Nilai jarak dari paksi – Y ialah 0 ke atas.

 

-@0,10

-@25,0
-@0,80
-@-4,0
-@0,10
-@50,0
-@0,-10
-@-50,0
-@14,0
-@0,-80
-@-10,0
-@10,0
-@0,-10
-@-35,0 
KOORDINAT RELATIF

c.        SISTEM KOORDINAT POLAR
 Sistem koordinat polar adalah sistem koordinat 2 dimensi di mana setiap titik ditentukan dalam bentuk jarak dari suatu titik rujukan (titik awalan yang telah ditetapkan) dan juga sudut dari suatu arah yang telah ditetapkan. Sistem koordinat polar tidak perlu dimulakan dari titik asalan(0,0). Format penulisan ialah @L<Ø. Dimana ; L – jarak yang diambil dari titik akhir. Nilai positif atau negative merujuk kepada arah dari titik pertama Ø.-sudut dalam darjah.


-@0<75

-@75<0
-@50<270
-@35<180
-@10<90
-@40<180
-@40<90
-@10<270
-@10<180
-@25<270
-@15<180
-@15<90
-@20<180
-@10<90
-@35<0
KOORDINAT POLAR


Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan Kepada Autocad

Melukis Objek (Grid, Snap, Ortho)